Perlawanan Bola Tampar Karnival Sukan KRT Seri Manjung VI telahpun diadakan di gelanggang bola tampar Fasa 2J pada 24 Jul 2010. Perlawanan ini membabitkan 3 taman iaitu Fasa 2H, Fasa 2I dan 2J. Pasukan bola tampar taman di bawah pengurusan En. Aziz bin Ali telah menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi mencapai kejayaan. Pasukan taman kalah kepada Fasa 2I dengan kiraan 1 - 2 dan menang ke atas Fasa 2H dengan kiraan 2 - 0. Pada pertandingan ini Fasa 2I telah menjuarai perlawanan ini manakala Fasa 2H tempat ke - 3. Syabas kepada semua pemain yang telah menjayakan perlawanan tersebut.Wednesday, July 28, 2010
Fasa 2J Naib Johan Bola Tampar Karnival KRT Seri Manjung VI
Perlawanan Bola Tampar Karnival Sukan KRT Seri Manjung VI telahpun diadakan di gelanggang bola tampar Fasa 2J pada 24 Jul 2010. Perlawanan ini membabitkan 3 taman iaitu Fasa 2H, Fasa 2I dan 2J. Pasukan bola tampar taman di bawah pengurusan En. Aziz bin Ali telah menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi mencapai kejayaan. Pasukan taman kalah kepada Fasa 2I dengan kiraan 1 - 2 dan menang ke atas Fasa 2H dengan kiraan 2 - 0. Pada pertandingan ini Fasa 2I telah menjuarai perlawanan ini manakala Fasa 2H tempat ke - 3. Syabas kepada semua pemain yang telah menjayakan perlawanan tersebut.KRT Seri Manjung VI Naib Johan Bola Jaring Peringkat Negeri

Assalamualaikum warga blogger.
Pada 27 Jun 2010 yang lalu pasukan Bola Jaring KRT Seri Manjung VI telah menjadi naib Johan peringkat negeri yang teklah diadakan di Taman Rekreasi Ipoh sempena mingggu perpaduan peringkat nasional yang mana acara ini telah dirasmikan oleh YB Senator Tan Sri Koh Soon Koon. Pasukan kalah diperlawanan akhir kepada pasukan dari daerah Batang Padang dan Selama. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan KRT Seri Manjung VI kerana telah menempa nama diperingkat negeri.
Monday, June 21, 2010
QIAM REMAJA DI MASJID DAERAH MANJUNG

Biro pendidikan dan pembangunan ummah Masjid Nurul Hidayah akan mengadakan program qiam remaja yang dirancang pada 26 Jun 2010.
Program ini merupakan program susulan qiam rakan perdana dan dikhaskan untuk remaja lelaki yang berumur 15 hingga 18 tahun sahaja. Diharapkan dengan program ini dapat membantu sebilangan remaja untuk dijadikan role model remaja Masjid Manjung.
Yuran pendaftaran: RM 2.00. Warga taman yang berminat boleh menghubungi En. Abd Ghafar bin Hassan No. 753. Bagi kalangan remaja warga taman yang berminat Badan Kebajikan Warga Taman Fasa 2J akan menanggung yuran pendaftaran bagi remaja yang ingin mengikuti program ini.
Tarikh tutup pendaftaran pada 23 Jun 2010 dan borang yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan kepada En. Abd Ghafar pada atau sebelum 22 Jun 2010.
TEMPAT ADALAH TERHAD.
Friday, June 18, 2010
Thursday, June 17, 2010
JANA PENDAPATAN KEDUA RM 5000 HINGGA RM 30000 SEBULAN

Saya nak tunjuk 'jalan' bagaimana orang yang:
- Tak Pandai Berkomunikasi
- Tak Pandai Komputer & Internet
- Tak Ramai Kawan & Kenalan
Analisa......
- Suri ramah tangga, Pegawai Keselamatan & Pekerja kilang berjaya jadi JUTAWAN dalam tempoh kurang 24 bulan....
- Buruh kasar, pelajar & pesara tentera boleh menjana pendapatan lebih RM 20000 sebulan......
Hadiri penerangan PERCUMA
Talimat/Ceramah akan diadakan pada setiap malam Rabu (23/6, 7/7, 14/7, 21/7 dan 28/7 ) bermula jam 8.30 malam bertempat di tingkat atas bersebelahan Restoran Nana Tanjung di belakang Pasaraya Giant Seri Manjung. Taklimat/Ceramah ini diberikan secara percuma. Kepada warga taman yang berminat boleh menghubungi Tn Hj Zaludin bin Hj Zakaria di alamat No. 756, Persiaran SM 2J/18, Fasa 2J, 32040 Seri Manjung, Perak untuk keterangan lanjut. No. telefon 012 - 5008177. Selamat berjaya.
Tuesday, June 1, 2010
PROJEK PEMBINAAN SURAU TAMAN FASA 2J
Assalamualaikum w.b.t untuk semua warga taman yang beragama Islam.Untuk pengetahuan warga taman semua, kawasan padang permainan Fasa 2J adalah dikawal oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan diselenggara oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Pegawai Baitulmal Daerah Manjung telahpun menghantar permohonan ke Pejabat Tanah Daerah Manjung untuk memohon tanah kerajaan bagi tujuan diwartakan sebagai wakaf tapak surau Fasa 2J berkeluasan 80' x 60' (tapak padang bola jaring lama) bertarikh 23 Julai 2009.
Sehubungan dengan itu juga, Mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Lumut Y.B Dato' Seri Kong Cho Ha ( sekarang Menteri Pengangkutan) telahpun menghantar surat bertarikh 7 Jan 2010 kepada Y.B Dato' Dr Abdul Rahman bin Hashim iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk dipertimbangkan dan ditandatangani oleh Y.B Dato' SUK.
Pejabat Tanah Daerah Manjung telah menerima permohonan daripada Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk mewartakan tanah kerajaan tersebut sebagai wakaf tapak surau Fasa 2J dan seterusnya telah menghantar surat bertarikh 10 Mac 2010 ke Majlis Perbandaran Manjung di bawah Jabatan Perancang Bandar untuk mendapatkan pandangan dan ulasan mengenainya.
Majlis Perbandaran Manjung telahpun memberi maklumbalas mengenainya ke Pejabata Tanah Daerah Manjung pada 25 Mac 2010.
Badan Kebajikan sedang giat berusaha untuk mendapatkan tapak tanah wakaf bagi pembinaan surau Fasa 2J ini. Harap warga taman dapat bersabar dan seterusnya berdoa agar proses ini berjalan dengan lancar.

Saturday, May 29, 2010
FASA 2J JOHAN DAN NAIB JOHAN FUTSAL KRT SERI MANJUNG VI

Pasukan Futsal Bawah 18 tahun taman Fasa 2J telah menjadi johan dan pasukan futsal bawah 12 tahun pula menjadi naib johan pada Kejohanan futsal sempena Karnival KRT Seri Mnajung VI yang telah dijalankan pada 2 Apr 2010 yang lalu. Kedua-dua pasukan ini di bawah bimbingan jurulatih yang berpengalaman iaitu En. Nasir bin Yusof. Kejohanan tersebut menampilkan pasukan dari taman Fasa 2H dan Fasa 2I. Syabas diucapkan kepada pasukan futsal taman yang mana telah berjaya mengharumkan nama taman. BZ
YURAN BADAN KEBAJIKAN WARGA TAMAN FASA 2J BAGI TAHUN 2010

Warga taman yang dihormati semua.
Kutipan yuran untuk Badan Kebajikan Warga Taman Fasa 2J bagi tahun 2010 sedang dijalankan. Penghuni taman yang masih belum membuat pembayaran boleh berbuat demikian kepada Ketua Blok yang dilantik. Pembayaran boleh dilakukan secara pilihan iaitu RM 12 untuk setengah tahun dan RM 24 untuk setahun. Borang Biodata Penghuni Kediaman hendaklah dikembalikan juga berserta dengan gambar.
Kutipan yuran ini telah dipersetujui semasa Mesyuarat Agong Taman pada 10 Jan 2010 yang lalu. Komitmen dari semua penghuni kediaman amat diharapkan agar segala perancangan yang dirancang oleh Badan Kebajikan taman ini terlaksana.
Sekian dan salam 1Malaysia.

Friday, May 28, 2010
BUDAYA GOTONG- ROYONG

Amalan gotong-royong adalah satu amalan yang mulia. Lihatlah gambar ini di mana sejak di zaman kanak-kanak lagi amalan ini telah menjiwai diri meraka tanpa diarahkan. Inilah yang diharapkan untuk semua warga taman ini. Jadikanlah amalan ini dan dikekalkan di mana sahaja kita berada.
Untuk pengetahuan warga taman, jalan di bahagian belakang rumah kediaman hendaklah dibersihkan. Segala sampah, rumput dan sebagainya yang mana boleh menghalangi jalan tersebut hendaklah dibersihkan. Ini bertujuan bagi memudahkan pihak Bomba menjalankan operasinya apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga. Di samping itu juga bagi memudahkan pihak Skim Ronda Sukarela (SRS) KRT Seri Manjung VI menjalankan tugas yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Semua warga taman harap maklum. Sekian.

Subscribe to:
Posts (Atom)