Monday, June 21, 2010

QIAM REMAJA DI MASJID DAERAH MANJUNG


Biro pendidikan dan pembangunan ummah Masjid Nurul Hidayah akan mengadakan program qiam remaja yang dirancang pada 26 Jun 2010.

Program ini merupakan program susulan qiam rakan perdana dan dikhaskan untuk remaja lelaki yang berumur 15 hingga 18 tahun sahaja. Diharapkan dengan program ini dapat membantu sebilangan remaja untuk dijadikan role model remaja Masjid Manjung.

Yuran pendaftaran: RM 2.00. Warga taman yang berminat boleh menghubungi En. Abd Ghafar bin Hassan No. 753. Bagi kalangan remaja warga taman yang berminat Badan Kebajikan Warga Taman Fasa 2J akan menanggung yuran pendaftaran bagi remaja yang ingin mengikuti program ini.

Tarikh tutup pendaftaran pada 23 Jun 2010 dan borang yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan kepada En. Abd Ghafar pada atau sebelum 22 Jun 2010.

TEMPAT ADALAH TERHAD.

No comments:

Post a Comment