Tuesday, August 9, 2011

SUMBANGAN WAJIB BAGI TAHUN 2011

Assalamulamulaikum seluruh warga taman. Badan Kebajikan Warga Taman merayu kepada seluruh warga taman agar dapat menjelaskan sumbangan wajib berjumlah RM 24 sahaja bagi tempoh setahun dan RM 12 bagi tempoh setenganh tahun yang mana dahulunya dikenali dengan nama Yuran Tahun taman. Pihak warga boleh menyerahkan sumbangan tersebut kepada Ketua-ketua blok yang telah dilantik. Kerjasama dari semua warga taman amat diharapkan.
Sehubungan dengan itu juga, kutipan dari rumah ke rumah akan dilakukan oleh pihak yang dilantik oleh Badan Kebajikan taman ini.
Untuk pengetahuan pihak warga taman kutipan ini amat perlu untuk menjayakan aktiviti-aktiviti taman yang telahpun dirancang oleh Badan Kebajikan ini. Kerjasama dan komitmen dari warga taman didahului dengan ucapan terima kasih.

Satu Warga
Satu Taman
Satu Muafakat
Satu Hasrat