Monday, June 21, 2010

QIAM REMAJA DI MASJID DAERAH MANJUNG


Biro pendidikan dan pembangunan ummah Masjid Nurul Hidayah akan mengadakan program qiam remaja yang dirancang pada 26 Jun 2010.

Program ini merupakan program susulan qiam rakan perdana dan dikhaskan untuk remaja lelaki yang berumur 15 hingga 18 tahun sahaja. Diharapkan dengan program ini dapat membantu sebilangan remaja untuk dijadikan role model remaja Masjid Manjung.

Yuran pendaftaran: RM 2.00. Warga taman yang berminat boleh menghubungi En. Abd Ghafar bin Hassan No. 753. Bagi kalangan remaja warga taman yang berminat Badan Kebajikan Warga Taman Fasa 2J akan menanggung yuran pendaftaran bagi remaja yang ingin mengikuti program ini.

Tarikh tutup pendaftaran pada 23 Jun 2010 dan borang yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan kepada En. Abd Ghafar pada atau sebelum 22 Jun 2010.

TEMPAT ADALAH TERHAD.

Thursday, June 17, 2010

JANA PENDAPATAN KEDUA RM 5000 HINGGA RM 30000 SEBULAN


Saya nak tunjuk 'jalan' bagaimana orang yang:
  • Tak Pandai Berkomunikasi
  • Tak Pandai Komputer & Internet
  • Tak Ramai Kawan & Kenalan
Masih boleh Jana pendapatan kedua RM 5000 hingga RM 30000 sebulan tanpa ganggu atau tinggal kerja yang ada!

Analisa......

  • Suri ramah tangga, Pegawai Keselamatan & Pekerja kilang berjaya jadi JUTAWAN dalam tempoh kurang 24 bulan....
  • Buruh kasar, pelajar & pesara tentera boleh menjana pendapatan lebih RM 20000 sebulan......
Apa lagi alasan yang kita ada........

Hadiri penerangan PERCUMA

Talimat/Ceramah akan diadakan pada setiap malam Rabu (23/6, 7/7, 14/7, 21/7 dan 28/7 ) bermula jam 8.30 malam bertempat di tingkat atas bersebelahan Restoran Nana Tanjung di belakang Pasaraya Giant Seri Manjung. Taklimat/Ceramah ini diberikan secara percuma. Kepada warga taman yang berminat boleh menghubungi Tn Hj Zaludin bin Hj Zakaria di alamat No. 756, Persiaran SM 2J/18, Fasa 2J, 32040 Seri Manjung, Perak untuk keterangan lanjut. No. telefon 012 - 5008177. Selamat berjaya.

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Tuesday, June 1, 2010

PROJEK PEMBINAAN SURAU TAMAN FASA 2J

Assalamualaikum w.b.t untuk semua warga taman yang beragama Islam.

Untuk pengetahuan warga taman semua, kawasan padang permainan Fasa 2J adalah dikawal oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan diselenggara oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Pegawai Baitulmal Daerah Manjung telahpun menghantar permohonan ke Pejabat Tanah Daerah Manjung untuk memohon tanah kerajaan bagi tujuan diwartakan sebagai wakaf tapak surau Fasa 2J berkeluasan 80' x 60' (tapak padang bola jaring lama) bertarikh 23 Julai 2009.

Sehubungan dengan itu juga, Mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Lumut Y.B Dato' Seri Kong Cho Ha ( sekarang Menteri Pengangkutan) telahpun menghantar surat bertarikh 7 Jan 2010 kepada Y.B Dato' Dr Abdul Rahman bin Hashim iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk dipertimbangkan dan ditandatangani oleh Y.B Dato' SUK.

Pejabat Tanah Daerah Manjung telah menerima permohonan daripada Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk mewartakan tanah kerajaan tersebut sebagai wakaf tapak surau Fasa 2J dan seterusnya telah menghantar surat bertarikh 10 Mac 2010 ke Majlis Perbandaran Manjung di bawah Jabatan Perancang Bandar untuk mendapatkan pandangan dan ulasan mengenainya.

Majlis Perbandaran Manjung telahpun memberi maklumbalas mengenainya ke Pejabata Tanah Daerah Manjung pada 25 Mac 2010.

Badan Kebajikan sedang giat berusaha untuk mendapatkan tapak tanah wakaf bagi pembinaan surau Fasa 2J ini. Harap warga taman dapat bersabar dan seterusnya berdoa agar proses ini berjalan dengan lancar.