Tuesday, June 1, 2010

PROJEK PEMBINAAN SURAU TAMAN FASA 2J

Assalamualaikum w.b.t untuk semua warga taman yang beragama Islam.

Untuk pengetahuan warga taman semua, kawasan padang permainan Fasa 2J adalah dikawal oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan diselenggara oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Pegawai Baitulmal Daerah Manjung telahpun menghantar permohonan ke Pejabat Tanah Daerah Manjung untuk memohon tanah kerajaan bagi tujuan diwartakan sebagai wakaf tapak surau Fasa 2J berkeluasan 80' x 60' (tapak padang bola jaring lama) bertarikh 23 Julai 2009.

Sehubungan dengan itu juga, Mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Lumut Y.B Dato' Seri Kong Cho Ha ( sekarang Menteri Pengangkutan) telahpun menghantar surat bertarikh 7 Jan 2010 kepada Y.B Dato' Dr Abdul Rahman bin Hashim iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk dipertimbangkan dan ditandatangani oleh Y.B Dato' SUK.

Pejabat Tanah Daerah Manjung telah menerima permohonan daripada Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk mewartakan tanah kerajaan tersebut sebagai wakaf tapak surau Fasa 2J dan seterusnya telah menghantar surat bertarikh 10 Mac 2010 ke Majlis Perbandaran Manjung di bawah Jabatan Perancang Bandar untuk mendapatkan pandangan dan ulasan mengenainya.

Majlis Perbandaran Manjung telahpun memberi maklumbalas mengenainya ke Pejabata Tanah Daerah Manjung pada 25 Mac 2010.

Badan Kebajikan sedang giat berusaha untuk mendapatkan tapak tanah wakaf bagi pembinaan surau Fasa 2J ini. Harap warga taman dapat bersabar dan seterusnya berdoa agar proses ini berjalan dengan lancar.


No comments:

Post a Comment