Program Mendatang

RIADAH BERBASIKAL KE TELUK RUBIAH
Satu program yang dinamakan 1Malaysia Riadah Berbasikal Ke Teluk Rubiah dirancang akan diadakan pada bulan Jun 2010. Program ini akan diadakan pada hari Sabtu atau Ahad dan segalanya akan diumumkan kepada seluruh warga taman. 

Program ini telah dipertanggungjawabkan kepada Fasa 2J untuk mengendalikannya di samping mendapat kerjasama dari KRT Seri Manjung VI dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Manjung. Ianya terbuka kepada seluruh warga taman tanpa mengira faktor usia. Program ini juga melibatkan taman Fasa 2H dan Fasa 2I.
Program ini juga adalah bertujuan untuk membudayakan cara hidup sihat di samping memenuhi Sasaran Kerja Tahunan yang telah dirancang oleh pihak Badan Kebajikan Warga Taman bagi mengeratkan semangat perpaduan di kalangan komuniti.

Badan Kebajikan Warga Taman mengharapkan bahawa program ini nanti mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga taman. Sebarang maklumat akan diberitahu di dalam arahan pentadbiran yang akan menysul kemudian nanti. Sekian.