Saturday, July 20, 2013

UCAPAN RAMADHAN KARIM DARI PENGERUSI BKWTF2J


Saya dan AJK Badan Kebajikan Warga Taman Fasa 2J ingin mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa Ramadhan bagi tahun 1434H. Semoga segala amalan yang dikerjakan mendapat keberkatan dari Allah Taala.

Sehubungan dengan itu, masih tidak terlambat rasanya pihak saya dan Badan Kebajikan Warga Taman ingin memohon ampun dan maaf kepada seluruh warga taman samada dari segi lahiriah dan rohaniah sepanjang menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kami semua. 

Saya dan Badan Kebajikan Warga Taman mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga taman yang telah memberikan komitmen yang berterusan kepada saya dan barisan AJK  Badan Kebajikan taman ini untuk melaksanakan segala tugas yang telah dirancangkan bagi kesejahteraan warga taman ini.

Akhir kata saya dan Badan Kebajikan Warga Taman ini ingin mengucapkan selamat berpuasa dan beramal di bulan yang mulia ini. Sekian dan terima kasih.


Friday, July 19, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIH FASA 2J 2013




Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Kebajikan Warga Taman Fasa 2J akan mengadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih pada ketetapan berikut:

Tarikh:    20 Jul 2013/11 Ramadhan 1434H
Masa:      6.30 petang.
Tempat: Padang Rekreasi Fasa 2J (Gelanggang Bola Tampar).
Pakaian: Ala - Ala Kampung.

Sehubungan dengan itu, semua warga taman Fasa 2J dijemput hadir dan sekiranya tuan/puan ingin membuat sumbangan secara ikhlas bagi menjayakan majlis tersebut, sumbangan boleh disalurkan kepada AJK Biro Wanita setiap blok yang telah dilantik.

Badan Kebajian berharap agar tuan/puan dapat memberikan kerjasama bagi menjayakan majlis ini. Warga taman digalakkan membawa sejadah persendirian. Kerjasama dari pihak warga taman amat dialu-alukan dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Atur cara Majlis adalah seperti beriikut:

6.00 petang  -    AJK berkumpul.
6.15 petang  -    Warga taman berkumpul.
6.20 petang  -    Ketibaan Jemputan.
6.30 petang  -   Bacaan Yasin dan Tahlil.
s/s                  -   Berbuka Puasa.
s/s                  -   Soalt Maghrib berjemaah.
s/s                  -   Jamuan.
s/s                  -   Solat Isyak dan Tarawiuh berjemaah.
s/s                  -   Bersurai.    

Tuesday, August 9, 2011

SUMBANGAN WAJIB BAGI TAHUN 2011

Assalamulamulaikum seluruh warga taman. Badan Kebajikan Warga Taman merayu kepada seluruh warga taman agar dapat menjelaskan sumbangan wajib berjumlah RM 24 sahaja bagi tempoh setahun dan RM 12 bagi tempoh setenganh tahun yang mana dahulunya dikenali dengan nama Yuran Tahun taman. Pihak warga boleh menyerahkan sumbangan tersebut kepada Ketua-ketua blok yang telah dilantik. Kerjasama dari semua warga taman amat diharapkan.
Sehubungan dengan itu juga, kutipan dari rumah ke rumah akan dilakukan oleh pihak yang dilantik oleh Badan Kebajikan taman ini.
Untuk pengetahuan pihak warga taman kutipan ini amat perlu untuk menjayakan aktiviti-aktiviti taman yang telahpun dirancang oleh Badan Kebajikan ini. Kerjasama dan komitmen dari warga taman didahului dengan ucapan terima kasih.

Satu Warga
Satu Taman
Satu Muafakat
Satu Hasrat

Wednesday, July 28, 2010

Fasa 2J Naib Johan Bola Tampar Karnival KRT Seri Manjung VI

Perlawanan Bola Tampar Karnival Sukan KRT Seri Manjung VI telahpun diadakan di gelanggang bola tampar Fasa 2J pada 24 Jul 2010. Perlawanan ini membabitkan 3 taman iaitu Fasa 2H, Fasa 2I dan 2J. Pasukan bola tampar taman di bawah pengurusan En. Aziz bin Ali telah menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi mencapai kejayaan. Pasukan taman kalah kepada Fasa 2I dengan kiraan 1 - 2 dan menang ke atas Fasa 2H dengan kiraan 2 - 0. Pada pertandingan ini Fasa 2I telah menjuarai perlawanan ini manakala Fasa 2H tempat ke - 3. Syabas kepada semua pemain yang telah menjayakan perlawanan tersebut.

KRT Seri Manjung VI Naib Johan Bola Jaring Peringkat Negeri


Assalamualaikum warga blogger.

Pada 27 Jun 2010 yang lalu pasukan Bola Jaring KRT Seri Manjung VI telah menjadi naib Johan peringkat negeri yang teklah diadakan di Taman Rekreasi Ipoh sempena mingggu perpaduan peringkat nasional yang mana acara ini telah dirasmikan oleh YB Senator Tan Sri Koh Soon Koon. Pasukan kalah diperlawanan akhir kepada pasukan dari daerah Batang Padang dan Selama. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan KRT Seri Manjung VI kerana telah menempa nama diperingkat negeri.

Monday, June 21, 2010

QIAM REMAJA DI MASJID DAERAH MANJUNG


Biro pendidikan dan pembangunan ummah Masjid Nurul Hidayah akan mengadakan program qiam remaja yang dirancang pada 26 Jun 2010.

Program ini merupakan program susulan qiam rakan perdana dan dikhaskan untuk remaja lelaki yang berumur 15 hingga 18 tahun sahaja. Diharapkan dengan program ini dapat membantu sebilangan remaja untuk dijadikan role model remaja Masjid Manjung.

Yuran pendaftaran: RM 2.00. Warga taman yang berminat boleh menghubungi En. Abd Ghafar bin Hassan No. 753. Bagi kalangan remaja warga taman yang berminat Badan Kebajikan Warga Taman Fasa 2J akan menanggung yuran pendaftaran bagi remaja yang ingin mengikuti program ini.

Tarikh tutup pendaftaran pada 23 Jun 2010 dan borang yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan kepada En. Abd Ghafar pada atau sebelum 22 Jun 2010.

TEMPAT ADALAH TERHAD.

Thursday, June 17, 2010

JANA PENDAPATAN KEDUA RM 5000 HINGGA RM 30000 SEBULAN


Saya nak tunjuk 'jalan' bagaimana orang yang:
  • Tak Pandai Berkomunikasi
  • Tak Pandai Komputer & Internet
  • Tak Ramai Kawan & Kenalan
Masih boleh Jana pendapatan kedua RM 5000 hingga RM 30000 sebulan tanpa ganggu atau tinggal kerja yang ada!

Analisa......

  • Suri ramah tangga, Pegawai Keselamatan & Pekerja kilang berjaya jadi JUTAWAN dalam tempoh kurang 24 bulan....
  • Buruh kasar, pelajar & pesara tentera boleh menjana pendapatan lebih RM 20000 sebulan......
Apa lagi alasan yang kita ada........

Hadiri penerangan PERCUMA

Talimat/Ceramah akan diadakan pada setiap malam Rabu (23/6, 7/7, 14/7, 21/7 dan 28/7 ) bermula jam 8.30 malam bertempat di tingkat atas bersebelahan Restoran Nana Tanjung di belakang Pasaraya Giant Seri Manjung. Taklimat/Ceramah ini diberikan secara percuma. Kepada warga taman yang berminat boleh menghubungi Tn Hj Zaludin bin Hj Zakaria di alamat No. 756, Persiaran SM 2J/18, Fasa 2J, 32040 Seri Manjung, Perak untuk keterangan lanjut. No. telefon 012 - 5008177. Selamat berjaya.

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Tuesday, June 1, 2010

PROJEK PEMBINAAN SURAU TAMAN FASA 2J

Assalamualaikum w.b.t untuk semua warga taman yang beragama Islam.

Untuk pengetahuan warga taman semua, kawasan padang permainan Fasa 2J adalah dikawal oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan diselenggara oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Pegawai Baitulmal Daerah Manjung telahpun menghantar permohonan ke Pejabat Tanah Daerah Manjung untuk memohon tanah kerajaan bagi tujuan diwartakan sebagai wakaf tapak surau Fasa 2J berkeluasan 80' x 60' (tapak padang bola jaring lama) bertarikh 23 Julai 2009.

Sehubungan dengan itu juga, Mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Lumut Y.B Dato' Seri Kong Cho Ha ( sekarang Menteri Pengangkutan) telahpun menghantar surat bertarikh 7 Jan 2010 kepada Y.B Dato' Dr Abdul Rahman bin Hashim iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk dipertimbangkan dan ditandatangani oleh Y.B Dato' SUK.

Pejabat Tanah Daerah Manjung telah menerima permohonan daripada Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk mewartakan tanah kerajaan tersebut sebagai wakaf tapak surau Fasa 2J dan seterusnya telah menghantar surat bertarikh 10 Mac 2010 ke Majlis Perbandaran Manjung di bawah Jabatan Perancang Bandar untuk mendapatkan pandangan dan ulasan mengenainya.

Majlis Perbandaran Manjung telahpun memberi maklumbalas mengenainya ke Pejabata Tanah Daerah Manjung pada 25 Mac 2010.

Badan Kebajikan sedang giat berusaha untuk mendapatkan tapak tanah wakaf bagi pembinaan surau Fasa 2J ini. Harap warga taman dapat bersabar dan seterusnya berdoa agar proses ini berjalan dengan lancar.