Wednesday, July 28, 2010

Fasa 2J Naib Johan Bola Tampar Karnival KRT Seri Manjung VI

Perlawanan Bola Tampar Karnival Sukan KRT Seri Manjung VI telahpun diadakan di gelanggang bola tampar Fasa 2J pada 24 Jul 2010. Perlawanan ini membabitkan 3 taman iaitu Fasa 2H, Fasa 2I dan 2J. Pasukan bola tampar taman di bawah pengurusan En. Aziz bin Ali telah menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi mencapai kejayaan. Pasukan taman kalah kepada Fasa 2I dengan kiraan 1 - 2 dan menang ke atas Fasa 2H dengan kiraan 2 - 0. Pada pertandingan ini Fasa 2I telah menjuarai perlawanan ini manakala Fasa 2H tempat ke - 3. Syabas kepada semua pemain yang telah menjayakan perlawanan tersebut.

No comments:

Post a Comment