Friday, July 19, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIH FASA 2J 2013




Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Kebajikan Warga Taman Fasa 2J akan mengadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih pada ketetapan berikut:

Tarikh:    20 Jul 2013/11 Ramadhan 1434H
Masa:      6.30 petang.
Tempat: Padang Rekreasi Fasa 2J (Gelanggang Bola Tampar).
Pakaian: Ala - Ala Kampung.

Sehubungan dengan itu, semua warga taman Fasa 2J dijemput hadir dan sekiranya tuan/puan ingin membuat sumbangan secara ikhlas bagi menjayakan majlis tersebut, sumbangan boleh disalurkan kepada AJK Biro Wanita setiap blok yang telah dilantik.

Badan Kebajian berharap agar tuan/puan dapat memberikan kerjasama bagi menjayakan majlis ini. Warga taman digalakkan membawa sejadah persendirian. Kerjasama dari pihak warga taman amat dialu-alukan dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Atur cara Majlis adalah seperti beriikut:

6.00 petang  -    AJK berkumpul.
6.15 petang  -    Warga taman berkumpul.
6.20 petang  -    Ketibaan Jemputan.
6.30 petang  -   Bacaan Yasin dan Tahlil.
s/s                  -   Berbuka Puasa.
s/s                  -   Soalt Maghrib berjemaah.
s/s                  -   Jamuan.
s/s                  -   Solat Isyak dan Tarawiuh berjemaah.
s/s                  -   Bersurai.    

No comments:

Post a Comment