Tuesday, May 18, 2010

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan iradatnya maka laman blog taman ini telah dapat diimplementasikan sebagai satu instrumen untuk manyampaikan berita, maklumat dan perkembangan terkini mengenai hal ehwal taman untuk pengetahuan seluruh peringkat komuniti warga taman ini.

Laman blog ini diwujudkan atas ilham Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Warga Taman agar segala maklumat dapat disalurkan melalui kaedah ini supaya ianya menjadi lebih efektif dan efisien di samping itu juga dapat menggalakkan warga taman menjadi Celik IT serta menjadikannya anjakan paradigma dalam kehidupan warga taman.

Badan Kebajikan Warga Taman juga berharap dengan kewujudan laman blog ini akan dapat memberi impak dan manfaat yang baik serta berkesan untuk seluruh komuniti sejajar dengan saranan kerajaan melalui gagasan 1 Malaysia.

Penambahbaikan ke atas laman blog ini amat dialu-alukan. Wassalam dan salam 1 Malaysia. Selamat melayari laman blog ini.

2 comments:

  1. Bagusnyer ade blog Fasa 2J nih...baru lagi nih..
    Saya tinggal kat no 737 SM2J/15...sudi2 la datang rumah... saya suri rumah sepenuh masa je stakat ni..

    Blog ni boleh di improve lagi..letak shoutout box ke, widget jam ke, calender ke.. wallpaper bagi menyerlah sket....huhu~

    thanx sbb wujudkan blog ni ^^

    ReplyDelete
  2. Webmaster pls tinggalkan email etc utk penduduk dapat menyumbang/berkongsi bahan dan maklumat

    Terima kasih..

    ReplyDelete