
Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Kebajikan Warga Taman Fasa 2J akan mengadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih pada ketetapan berikut:
Tarikh: 20 Jul 2013/11 Ramadhan 1434H
Masa: 6.30 petang.
Tempat: Padang Rekreasi Fasa 2J (Gelanggang Bola Tampar).
Pakaian: Ala - Ala Kampung.
Sehubungan dengan itu, semua warga taman Fasa 2J dijemput hadir dan sekiranya tuan/puan ingin membuat sumbangan secara ikhlas bagi menjayakan majlis tersebut, sumbangan boleh disalurkan kepada AJK Biro Wanita setiap blok yang telah dilantik.
Badan Kebajian berharap agar tuan/puan dapat memberikan kerjasama bagi menjayakan majlis ini. Warga taman digalakkan membawa sejadah persendirian. Kerjasama dari pihak warga taman amat dialu-alukan dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Atur cara Majlis adalah seperti beriikut:
6.00 petang - AJK berkumpul.
6.15 petang - Warga taman berkumpul.
6.20 petang - Ketibaan Jemputan.
6.30 petang - Bacaan Yasin dan Tahlil.
s/s - Berbuka Puasa.
s/s - Soalt Maghrib berjemaah.
s/s - Jamuan.
s/s - Solat Isyak dan Tarawiuh berjemaah.
s/s - Bersurai.
No comments:
Post a Comment