Wednesday, July 28, 2010

Fasa 2J Naib Johan Bola Tampar Karnival KRT Seri Manjung VI

Perlawanan Bola Tampar Karnival Sukan KRT Seri Manjung VI telahpun diadakan di gelanggang bola tampar Fasa 2J pada 24 Jul 2010. Perlawanan ini membabitkan 3 taman iaitu Fasa 2H, Fasa 2I dan 2J. Pasukan bola tampar taman di bawah pengurusan En. Aziz bin Ali telah menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi mencapai kejayaan. Pasukan taman kalah kepada Fasa 2I dengan kiraan 1 - 2 dan menang ke atas Fasa 2H dengan kiraan 2 - 0. Pada pertandingan ini Fasa 2I telah menjuarai perlawanan ini manakala Fasa 2H tempat ke - 3. Syabas kepada semua pemain yang telah menjayakan perlawanan tersebut.

KRT Seri Manjung VI Naib Johan Bola Jaring Peringkat Negeri


Assalamualaikum warga blogger.

Pada 27 Jun 2010 yang lalu pasukan Bola Jaring KRT Seri Manjung VI telah menjadi naib Johan peringkat negeri yang teklah diadakan di Taman Rekreasi Ipoh sempena mingggu perpaduan peringkat nasional yang mana acara ini telah dirasmikan oleh YB Senator Tan Sri Koh Soon Koon. Pasukan kalah diperlawanan akhir kepada pasukan dari daerah Batang Padang dan Selama. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan KRT Seri Manjung VI kerana telah menempa nama diperingkat negeri.